Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Perhutanan

Nombor Soalan

198

Soalan

TUAN KESAVAN A/L SUBRAMANIAM (SUNGAI SIPUT) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan dengan terperinci jumlah keluasan tanah rezab perhutanan dan jumlah kelulusan tanah mengikut pecahan syar​ikat yang telah diberikan serta aktiviti-aktiviti tanaman syarikat-syarikat tersebut di dalam kawasan Parlimen Sungai Siput.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga tahun 2020, seluas 986,848.26 hektar atau 47.27 peratus daripada keluasan tanah negeri Perak telah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal (HSK). Daripada jumlah ini, seluas 123,996.13 hektar adalah kawasan HSK di dalam Parlimen Sungai Siput iaitu Hutan Simpan Kledang Saiong, Hutan Simpan Korbu, Hutan Simpan Piah dan Hutan Simpan Temenggor.

2. Berdasarkan semakan dengan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), setakat ini tiada kelulusan diberikan kepada mana-mana syarikat di bawah Program Pembangunan Ladang Hutan (PPLH) di kawasan Parlimen Sungai Siput, Perak.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DR BL198 - TUAN KESAVAN SUBRAMANIAM [Sungai Siput].pdf