Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Ukur dan Pemetaan

Nombor Soalan

247

Soalan

TUAN MA'MUN BIN SULAIMAN (KALABAKAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan maklumat terkini yang telah dilaksanakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia terhadap perwartaan garis sempa​dan negara di Pulau Sebatik di antara negara kita dan negara jiran Republik Indonesia. Terdapat laporan penduduk negara jiran telah membina struktur di kawasan tanah negara kita di Kg Sg Hj Kuning disebabkan ketiadaan penyelesaian garis sempadan yang dimuktamadkan hingga hari ini.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan darat antarabangsa antara Malaysia dan Indonesia sepanjang 24 kilometer di Pulau Sebatik telah selesai pada tahun 2019. Walaubagaimanapun, dalam Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Sempadan Malaysia-Indonesia Ke-43 atau JMI-43 yang telah diadakan di Kuala Lumpur dari 19 hingga 21 November 2019, kedua-dua negara telah bersetuju supaya Memorandum Persefahaman atau MOU bagi memuktamadkan jajaran sempadan ini ditandatangani secara berpakej dengan dua lagi kawasan Outstanding Boundary Problem (OBP) iaitu kawasan Sungai Sinapad dan Sungai Sesai serta kawasan B 2700 - B 3100 di Pensiangan. Pada masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran sempadan bagi kedua-dua kawasan OBP tersebut sedang giat dijalankan oleh pasukan kerja kedua-dua negara dan dijangka dapat diselesaikan pada tahun 2024.

2. Berhubung dakwaan terdapat pembinaan struktur oleh rakyat negara jiran di kawasan Malaysia, satu laporan rasmi boleh dibuat kepada pihak berkuasa dan sekiranya terbukti dakwaan tersebut benar, Kerajaan Malaysia boleh mengemukakan bantahan kepada Kerajaan Indonesia melalui saluran diplomatik.

Sekian, terima kasih.


Attachments
DR BL247 - Ma'mun Sulaiman [Kalabakan].pdf