Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Biodiversiti, PERHILITAN

Nombor Soalan

313

Soalan

TUAN MUHAMMAD BAKHTIAR BIN WAN CHIK (BALIK PULAU) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan insentif buat pelancong asing yang menjalankan aktiviti sukarelawan apabila memasuki Taman Neg​ara Pulau Pinang memandangkan fi yang kemasukan yang dikenakan terlalu tinggi.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Taman Negara Pulau Pinang (TNPP) ditubuhkan pada 10 April 2003 dan merupakan satu-satunya Taman Negara yang diwartakan di bawah Akta Taman Negara 1980 [Akta 226]. Bagi memastikan kelestarian TNPP terus terpelihara, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) melalui Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) telah menggubal Peraturan-Peraturan Taman Negara Pulau Pinang 2022 yang antaranya menggariskan peraturan-peraturan mengenai permohonan permit oleh pihak-pihak yang ingin memasuki TNPP dan kadar fi kemasukan.

2. Peraturan-Peraturan Taman Negara Pulau Pinang 2022 telah diwartakan pada 14 Januari 2022 (P.U.[A] 11) dan dikuatkuasakan pada 17 Januari 2022. Pada masa ini, Jabatan PERHILITAN masih dalam proses untuk mendapatkan kelulusan Kementerian Kewangan (MOF) bagi pelaksanaan bayaran fi serta hebahan kadar fi TNPP kepada masyarakat umum. Pengenaan kadar fi dijangka akan mula dikenakan sebelum akhir tahun ini selepas mendapat kelulusan MOF.

3. Kutipan fi masuk bertujuan untuk memupuk nilai konservasi alam semula jadi dan digunakan semula bagi tujuan konservasi TNPP. Kadar fi yang dikenakan adalah munasabah dan ditetapkan setelah melalui banyak sesi konsultasi dengan pihak berkepentingan sejak tahun 2017. Kadar fi bagi pelancong asing adalah seperti berikut:

JADUAL PERTAMA – FI KONSERVASI

(1)

Kategori

Pelawat

(3)

Bukan

Warganegara

(RM)

Bukan

Masyarakat Setempat

Dewasa50.00/orang
Pelajar20.00/orang

Kanak-kanak

(3-12 tahun)

15.00/orang

Kanak-kanak

(3 tahun ke bawah)

Percuma
Warga EmasPercuma
OKUPercuma

 

JADUAL KEDUA – FI AKTIVITI

Bil.

(1)

Aktiviti

(3)

Bukan

Warganegara

(RM)

1.

Perfileman dan fotografi

komersial

1,000.00/hari
2.Kajian komersial 100.00/tahun
3.Acara (per kumpulan)1,000.00/hari
4.Perkhemahan (per khemah)15.00/malam
5.Memancing (per rod)10.00/masuk
6.

Titian Silara

  1. Dewasa
  2. Kanak-kanak (3-12 tahun)
  3. Kanak-kanak

    (3 tahun ke bawah)

50.00/orang

20.00/orang

Percuma

 

4. KeTSA menyambut baik sebarang usaha murni oleh sukarelawan untuk menabur bakti bagi menjaga kelestarian TNPP. Walau bagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sukarelawan boleh mengemukakan permohonan secara rasmi kepada pihak pengurusan TNPP untuk pertimbangan selanjutnya.

5. Antara aktiviti sukarelawan yang boleh dilaksanakan di TNPP adalah seperti program tanam pokok (tree planting), pembersihan pantai (beach cleaning), pembersihan rentis (trail cleaning), pemasangan tanda arah dan pembaikan kemudahan pelancongan.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DR BL313 - Tn. Muhammad Bakhtiar Wan Chik [Balik Pulau].docx