Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

365

Soalan

PUAN NURUL IZZAH BINTI ANWAR (PERMATANG PAUH) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan butir-butir pembelanjaan peruntukan bagi Ecological Fiscal Transfer (EFT) bagi tahun 2018-2021 dan pecahan mengikut nege​ri-negeri yang menerima EFT tersebut.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) diperkenalkan pada tahun 2019 sebagai satu bentuk insentif kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melindungi dan memulihara kawasan perlindungan (protected areas - PA).

2. Kementerian Kewangan (MOF) telah menyediakan peruntukan sebanyak RM60 juta pada tahun 2019 dan RM70 juta pada tahun 2021 yang diagihkan kepada Kerajaan-kerajaan Negeri melalui Pemberian Berdasarkan Tahap Pembangunan Ekonomi, Infrastruktur dan Kesejahteraan Hidup (TAHAP). MOF juga telah membangunkan Garis Panduan Pemberian TAHAP yang menetapkan sembilan (9) skop bagi perbelanjaan peruntukan EFT.

3. Pecahan pengagihan peruntukan EFT kepada negeri adalah seperti berikut:

​BilNegeriPengagihan (RM juta)
20192021
1Sabah12,180,000.0012,997,800.00
2Kelantan5,810,000.005,938,200.00
3Terengganu4,260,000.006,893,100.00
4Kedah5,830,000.004,408,900.00
5Pahang5,820,000.008,498,900.00
6Perlis 4,920,000.001,401,000.00
7Sarawak3,240,000.0013,256,900.00
8Perak2,840,000.006,253,900.00
9Johor3,240,000.002,691,800.00
10Melaka4,260,000.00500,100.00
11Negeri Sembilan2,680,000.002,699,400.00
12Selangor2,470,000.003,665,700.00
13Pulau Pinang2,450,000.00794,300.00
Jumlah60,000,000.0070,000,000.00

 

4. Bermula tahun 2022, pelaksanaan EFT telah diletakkan di bawah seliaan Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) selaras keputusan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara Tahun 2021.


Sekian, terima kasih.

Attachments
DR BL365 - Pn. Nurul Izzah Anwar [Permatang Pauh].pdf