Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

398

Soalan

DATUK ROZMAN BIN ISLI (LABUAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan pecahan penggunaan elektrik bagi pengguna domestik dan komersial dan industri bagi tahun 2020, 2021, Januari – Jun 20​22.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat,

1. Jumlah jualan elektrik bagi tahun 2020 adalah sebanyak 110,879,251 Mega-Watt jam (MWj) dengan pecahan jualan mengikut kategori seperti berikut:

a) Domestik sebanyak 29,960,590 MWj (27%);

b) Perdagangan sebanyak 35,831,498 MWj (32.4%);

c) Perindustrian sebanyak 42,789,848 MWj (38.6%); dan

d) Lain-lain sebanyak 2,297,315 MWj (2%).

2. Manakala, jualan elektrik bagi tahun 2021 adalah sebanyak 111,858,008 MWj iaitu peningkatan sebanyak 0.88% berbanding tahun 2020 dengan pecahan jualan mengikut kategori seperti berikut:

a) Domestik sebanyak 31,485,409 MWj (28.2%);

b) Perdagangan sebanyak 34,059,704 MWj (30.5%);

c) Perindustrian sebanyak 43,966,976 MWj (39.3%); dan

d) Lain-lain sebanyak 2,345,919 MWj (2%).​

3. Jualan elektrik bagi tempoh Januari hingga Mei 2022 adalah sebanyak 49,116,504 MWj dengan pecahan jualan mengikut kategori seperti berikut:

a) Domestik sebanyak 13,258,152 MWj (27%);

b) Perdagangan sebanyak 16,053,536 MWj (32.7%);

c) Perindustrian sebanyak 18,815,021 MWj (38.3%); dan

d) Lain-lain sebanyak 989,795 MWj (2%)

Sekian, terima kasih.

Attachments
DR BL398 - Datuk Rozman Isli [Labuan].pdf