Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

506

Soalan

DATO' SERI DR. WAN AZIZAH WAN ISMAIL (PANDAN) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan apakah langkah yang telah dimulakan oleh pihak Kementerian untuk memastikan Malaysia dapat me​njadi sebuah negara yang menjana Sumber Tenaga Diperbaharui (Renewable Energy) secara mampan untuk masa depan negara. Apakah keberhasilannya sehingga kini.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi memastikan Malaysia dapat menjadi sebuah negara yang menjana Sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik secara mampan untuk masa depan negara, Kerajaan telah melancarkan Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia ataupun dengan izin, Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER).

2. MyRER telah menetapkan sasaran kapasiti terpasang TBB dalam perbekalan elektrik negara sebanyak 31% pada tahun 2025 dan 40% menjelang tahun 2035. Pelan ini turut menggariskan kerangka strategik untuk mencapai visi pembangunan TBB negara iaitu “Ke arah Sistem Tenaga Rendah Karbon" melalui pelaksanaan empat (4) tonggak berasaskan teknologi iaitu solar, bio-tenaga, hidro dan sumber-sumber baharu.

3. Sehingga suku pertama tahun 2022, campuran kapasiti Tenaga Boleh Baharu Negara telah mencapai 9,381MW atau 23% daripada keseluruhan kapasiti terpasang bekalan elektrik negara.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DR BL506 - Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail [Pandan].pdf