Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 14

Penggal

Penggal 5

Sesi

Mesyuarat Kedua

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2022

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

545

Soalan

PUAN YEO BEE YIN (BAKRI) minta MENTERI TENAGA DAN SUMBER ASLI menyatakan skim tenaga solar yang digunakan di Taman Pusat Data Hijau YTL di Iskandar - Self-Consumption (SE​LCO), Net Energy Metering (NEM), ataupun skim khas yang lain.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan Taman Pusat Data Hijau YTL di Iskandar merupakan suatu inisiatif swasta yang diterajui oleh YTL Data Centre Holdings. Sehingga kini, Suruhanjaya Tenaga selaku agensi kawal selia perbekalan elektrik masih belum menerima apa-apa permohonan daripada pihak syarikat berkenaan untuk membangunkan dan memasang sebarang pepasangan sistem bekalan elektrik daripada sumber Tenaga Boleh Baharu sebagaimana yang telah diumumkan.

Sekian, terima kasih.

Attachments
DR BL545 - Puan Yeo Bee Yin [Bakri].pdf