Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Biodiversiti

Nombor Soalan

8

Soalan

​D​ATO' AHMAD BIN SAAD @ YAHAYA [ POKOK SENA ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan pendirian Kementerian untuk memasukkan pemeliharaan terhadap tanah sawah padi sebagai elemen tambahan dalam Pemindahan Ekologi Fiskal (EFT) selain pemeliharaan terhadap hutan di setiap negeri.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

​​​1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) merupakan satu bentuk insentif kepada Kerajaan-kerajaan Negeri bagi melaksanakan projek berkaitan perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti dan hutan. Ia merangkumi kawasan-kawasan daratan (terrestrial), air daratan, pesisir pantai dan marin yang diwartakan dan diuruskan bagi tujuan konservasi seperti kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK) Perlindungan, Rizab Hidupan Liar (RHL), kawasan perlindungan marin (marine protected area), Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS), kawasan berkepentingan antarabangsa dan ekosistem yang mudah terjejas (vulnerable).

2. Program ini dimulakan pada tahun 2019 oleh Kementerian Kewangan dan pada tahun 2022 RM70 juta telah diperuntukkan kepada Kementerian Tenaga dan Sumber Asli ketika itu untuk menguruskan program ini dan pada Belanjawan 2023 yang dibentangkan sebelum pilihanraya umum yang lalu pihak kerajaan ketika itu telah mengumumkan jumlah sebanyak RM100 juta untuk program EFT.

3.Tanah sawah padi tidak termasuk di dalam skop perlindungan dan pemuliharaan biodiversiti dan hutan di bawah EFT namun, untuk makluman pada masa ini kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan tanah sawah sebagai satu modal yang terpenting dalam pengeluaran ruji rakyat Malaysia iaitu beras dan usaha ini dilaksanakan melalui Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui penyediaan bantuan berupa subsidi ataupun insentif input dan output pertanian bagi meringankan beban kos pengeluaran padi yang perlu ditanggung oleh pesawah di samping dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran. Bantuan subsidi dan insentif input pertanian kepada pesawah ini meliputi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan, Skim Insentif Pengeluaran Padi, Skim Baja dan Racun Padi Bukit/ Huma dan Insentif Benih Padi Sah. Manakala subsidi ataupun insentif output pertanian yang diberikan kepada pesawah adalah Skim Subsidi Harga Padi. Selain dapat meningkatkan pengeluaran hasil padi, bantuan dan insentif yang disediakan oleh kerajaan dapat menggalakkan pesawah untuk terus mengusahakan tanaman padi, sekaligus dapat mengekalkan tanah sawah padi.

Sekian, terima kasih.

Attachments