Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

10

Soalan

PUAN HAJAH SALAMIAH BINTI MOHD NOR [ TEMERLOH ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah status peruntukan RM100 juta yang telah diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan bagi pembinaan loji bekalan air baharu di Mempateh, Lanchang.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman, Negeri Pahang telah memasuki Perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air pada 23 Disember 2020. Oleh yang demikian, Operator Air Negeri iaitu Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) boleh mendapatkan kemudahan pembiayaan secara pinjaman daripada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) untuk pembangunan infrastruktur bekalan air termasuk pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) setelah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

2. Pembinaan LRA baharu di Mempateh, Lanchang berkapasiti 22 juta liter sehari (JLH) dengan anggaran kos sebanyak RM96.3 juta telah diluluskan oleh SPAN di bawah Tempoh Operasi ke-4 OP4 (2021-2024) dalam Pelan Perniagaan PAIP untuk dilaksanakan melalui pembiayaan PAAB yang dijangka siap pada 2025. 

Sekian, terima kasih.

Attachments