Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

18

Soalan

TUAN CHE ALIAS BIN HAMID [ KEMAMAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini pelaksanaan projek tebatan banjir di negeri-negeri Pantai Timur.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sebanyak enam (8) projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) berjumlah RM 1.64 billion sedang dilaksanakan iaitu:

a) Sungai Kelantan Fasa 1, Kelantan berjumlah RM 699 juta;

b) Sungai Golok (KESBAN) Fasa 1, Kelantan berjumlah RM 501 juta;

c) RTB Sungai Kuantan Fasa 2, Pakej 1 (Sungai Belat), Pahang berjumlah RM 118 juta;

d) RTB Sungai Kuantan Fasa 2, Pakej 3, Pahang berjumlah RM 226.5 juta;

e) RTB Sungai Semantan, Pahang berjumlah RM 47.8 juta;

f) RTB Kemasik, Terengganu berjumlah RM 50.6 juta;

g) Kontrak PLSB Sungai Kemaman, Terengganu untuk komponen pembinaan lencongan banjir, pembinaan ban binjai dan kerja-kerja berkaitan sedang dinilai oleh Jawatankuasa Rundingan Harga di peringkat kementerian.  Kelulusan jawatankuasa ini dijangka akan diterima oleh JPS pada Julai 2023; dan

h) Rancangan Tebatan Banjir Bukit Payung, Daerah Marang, Terengganu. Status terkini projek ini adalah diperingkat penyediaan rekabentuk terperinci dan jangkaan rekabentuk siap adalah pada tahun September 2023. Antara skop kerja utama yang terlibat bagi projek ini adalah Menaiktaraf Sungai, Menaiktaraf Lintasan dan Membina Kolam Takungan.

Sekian, terima kasih.​

Attachments