Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

15 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

22

Soalan

DATO' SRI DR. WEE JECK SENG [ TANJUNG PIAI ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah langkah yang diambil untuk menyelesaikan masalah banjir yang diakibatkan oleh pintu air yang tidak berfungsi dan rosak yang juga berperanan menjadi laluan penghubung jalan semasa pelaksanaan Projek Johor Barat sama ada dibina semula atau digantikan dengan jambatan.​​


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Projek Johor Barat adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Johor. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bertindak sebagai agensi pelaksana untuk kerja-kerja penyenggaraan saliran, manakala Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFS) berperanan untuk melaksanakan sistem pengairan dan saliran ke kawasan-kawasan pertanian terutamanya di kawasan luar bandar.

2. Bagi Projek Johor Barat, JPS Negeri Johor telah membuat tinjauan dan mendapati struktur kawalan pengairan tidak berfungsi dan menyebabkan aliran parit menjadi kecil serta ia juga berperanan menjadi laluan penghubung jalan. Sehubungan itu, JPS Negeri Johor akan menaiktaraf kawalan saliran di kawasan tersebut.

3. Kerajaan Negeri Johor melalui JPS Negeri Johor juga turut melaksanakan projek Kajian Semula Rancangan Johor Barat berjumlah RM 800 ribu yang dijangka siap pada Mac 2023. Hasil kajian ini dijangka dapat menyelesaikan secara keseluruhan banjir di kawasan Johor Barat termasuk projek tersebut serta masalah hakisan pantai dan penerobosan air masin.

Sekian, terima kasih.​


Attachments