Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian memandang serius isu gangguan bekalan air yang telah berlaku di daerah Raub terutamanya gangguan bekalan tidak berjadual. Selain daripada insiden paip pecah, antara punca lain berlakunya gangguan bekalan air tidak berjadual di daerah Raub adalah disebabkan pencemaran sumber air mentah.
2. Berdasarkan rekod, kekerapan gangguan di antara tempoh 1 jam ke 24 jam mengikut bilangan Loji Rawatan Air (LRA) dari tahun 2018 hingga 2022 adalah seperti berikut:
a) 2018 = 172 kali (6 LRA)
b) 2019 = 118 kali (5 LRA)
c) 2020 = 150 kali (6 LRA)
d) 2021 = 123 kali (8 LRA)
e)2022 = 116 kali (7 LRA)
Sekian, terima kasih.