Tuan Yang di-Pertua,
1. Kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif dalam melaksana langkah-langkah mitigasi banjir bagi mengurangkan risiko banjir yang dihadapi oleh penduduk di kawasan Bagan Serai.
2. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan memohon peruntukan di bawah Rolling Plan Keempat (RP4) untuk melaksanakan Projek Pemuliharaan Sungai Kurau serta kerja berkaitan di Daerah Kerian, Perak Darul Ridzuan yang bernilai RM23 juta. Tempoh pelaksanaan projek ini adalah selama 4 tahun bermula pada tahun 2024 dan siap pada tahun 2027.
Sekian, terima kasih.