Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian sedang membuat permohonan peruntukan dalam fasa 2 sebanyak RM12 juta bagi pembekalan enam (6) unit pam air berkuasa tinggi bagi mengatasi masalah banjir termenung di enam (6) lokasi di Rantau Panjang, Kelantan.
2. Walau bagaimanapun Kerajaan telah pun mengambil langkah proaktif dengan meletakkan sebanyak 33 buah pam bergerak sedia ada yang telah diagihkan kepada JPS Negeri Kelantan untuk kerja-kerja kecemasan. Di Parlimen Rantau Panjang, JPS Negeri Kelantan telah mengagihkan tiga (3) unit pam bergerak jenis hidraulik dan dua (2) set pam selam, lengkap dengan generator di sepanjang Sungai Golok. Di bandar Pasir Mas pula, satu (1) unit End Suction Pump telah disediakan.
Sekian, terima kasih.