Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian akan memohon projek tebatan banjir di Sungai Tepoh, dan Saliran Banggol Air Lilih di bawah Rolling Plan 4 (RP4), Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).
2. Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran telah melaksanakan kerja-kerja kecil di Parlimen Kuala Nerus pada tahun 2022 berjumlah RM 949 ribu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 iaitu:
a) Kerja-kerja pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir berjumlah RM850 ribu; dan
b) Kerja-kerja kecemasan luar di luar jangka berjumlah RM99 ribu.
Sekian, terima kasih.