Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

28

Soalan

TUAN MOHAMAD SHAFIZAN HAJI KEPLI [ BATANG LUPAR ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini pelaksanaan projek tebatan banjir dan kawalan hakisan pantai di Kampung Semarang serta kawasan-kawasan lain di Parlimen Batang Lupar.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sedang melaksanakan satu Kajian Pelan Induk dan Peta Hazard Banjir Bagi Lembangan Batang Lupar, Sarawak. Skop utama kajian melibatkan penyediaan langkah jangka pendek dan jangka panjang, pelan induk tebatan banjir, penyediaan peta hazard banjir, penyediaan peta risiko banjir, penyediaan peta kerosakan banjir dan penyediaan peta evakuasi banjir.

2. Pelaksanaan kerja ukur telah selesai pada 4 Januari 2023 manakala proses lantikan perunding kajian dijangka iklan pada bulan April 2023 dan dijangka siap pada penghujung tahun 2024.

3. Hasil kajian ini akan memberikan cadangan penyelesaian secara menyeluruh di kawasan lembangan Batang Lupar dan akan megenalpasti perancangan pelaksanaan projek-projek Rancangan Tebatan Banjir di kawasan tersebut di bawah Rolling Plan Pertama (RP1), Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMKe-13).

4. Bagi kawalan hakisan pantai di Kampung Semarang, Jabatan Pengairan dan Saliran akan melaksanakan satu Projek Pengawalan Hakisan Pantai. Projek ini dalam peringkat penilaian tender dan akan dilaksanakan pada Mac 2023.

Sekian, terima kasih.

Attachments