Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

39

Soalan

DATO' HAJI SHAMSHULKAHAR BIN MOHD DELI [ JEMPOL ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah terdapat rancangan Kementerian bagi menubuhkan suatu tabung khas sebagaimana model Tabung Amanah MARRIS yang dikhususkan untuk kos penyelenggaraan sungai dan saliran secara berkala bagi mengatasi isu kekerapan banjir.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) mengucapkan ribuan terima kasih atas cadangan Yang Berhormat Jempol untuk menubuhkan suatu tabung khas sebagaimana model Tabung Amanah MARRIS untuk penyelenggaraan sungai dan saliran secara berkala.

2. Untuk makluman Yang Berhormat, segala perbelanjaan bagi mengurus dan menyenggara sungai adalah terletak di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri seperti dalam Perlembagaan Persekutuan. Dalam hal ini, Kerajaan Persekutuan pula bertanggungjawab melaksanakan projek-projek pembangunan sungai bagi mengatasi pelbagai masalah yang berkaitan seperti banjir, pencemaran, pembaikan, pemulihan, pemeliharaan dan pembaikan muara sungai.

3. Peruntukan untuk pemuliharaan sungai tidak dapat menampung keperluan dan jumlah panjang sungai yang perlu dipulihara. Ini merupakan cabaran kepada Kerajaan untuk mengekalkan persekitaran sungai dengan tahap kualiti dan kuantiti sumber air yang bersih.

4. Cadangan menubuhkan tabung amanah hanya salah satu daripada strategi untuk membiayai pemuliharaan sungai. Walau bagaimanapun, Kerajaan perlu mengkaji mekanisme yang sesuai dengan keperluan peruntukan yang begitu besar, peningkatan kos setiap tahun dan jumlah sungai yang begitu banyak di seluruh negara.

Sekian, terima kasih.

Attachments