Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

48

Soalan

DATO' DR. ALIAS BIN RAZAK [ KUALA NERUS ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan inisiatif yang bakal dilaksanakan oleh pihak Kementerian untuk memperluas sektor tenaga solar berskala kecil selain daripada program Pemeteran Tenaga Bersih atau Net Energy Metering (NEM).​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perluasan penggunaan tenaga solar berskala kecil dilaksanakan menerusi program Pemeteran Tenaga Bersih atau dengan izin Net Energy Metering (NEM) dan juga Program Self Consumption (SelCo). Kedua-dua program ini membolehkan pengguna elektrik menjana sebahagian daripada keperluan bekalan elektrik untuk kegunaan sendiri daripada sistem solar yang dipasang di bumbung premis masing-masing. Oleh itu, permintaan untuk penyertaan kedua-dua program ini dijangka akan terus meningkat.

2. Justeru, Kerajaan akan meneruskan pelaksanaan kedua-dua program ini, dan pada masa yang sama memperhalusi langkah penambah baikan yang sewajarnya supaya kedua-dua program ini lebih menarik dan membolehkan ramai pengguna memahami manfaat penyertaan dalam kedua - dua program ini. Antara langkah - langkah yang akan dilaksanakan bagi menggalakkan pemasangan solar di bawah kedua - dua program ini termasuk:

a) mengkaji pemberian insentif untuk pemasangan sistem solar mengikut kategori pengguna elektrik;

b) mencadangkan rebat cukai kepada Kementerian Kewangan untuk pengguna yang memasang sistem solar di bumbung bangunan; dan

c) mengadakan program promosi dan penggalakkan berbentuk dengan izin Communication, Education and Public Awareness (CEPA) bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung pelaksanaan program NEM dan SelCo.

Sekian, terima kasih.

Attachments