Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

49

Soalan

TUAN CHOW KON YEOW [ BATU KAWAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan pelaksanaan projek pembesaran Empangan Mengkuang Fasa 2B, adakah ia akan siap sebagaimana dijadualkan pada 13 Februari 2023. Jelaskan juga sebab Fasa 2C iaitu pembinaan Stesen Pam Lahar Yooi yang dinyatakan tidak berdaya maju untuk dilaksanakan memandangkan ia merupakan keperluan terutamanya selepas insiden banjir di Baling, Kedah. Apakah penyelesaian alternatif yang akan diambil.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Projek Penyaluran Air Mentah dari Rumah Pam Mak Sulong ke Terusan Sg. Dua (Fasa 2B) sedang dalam peringkat pembinaan dengan peratus pelaksanaan sebanyak 84.5% dan dijangka siap mengikut jadual pada 12 Ogos 2023. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan memastikan tarikh siap asal dipatuhi dan amat berharap agar kerajaan negeri bersedia untuk menerima projek Fasa 2B ini tanpa syarat apabila siap kelak.

2. Pembinaan Stesen Pam Lahar Yooi (Fasa 2C) bertujuan mengambil air mentah dari Terusan Sg. Dua untuk memenuhi takungan Empangan Mengkuang. Stesen Pam Lahar Yooi tidak berdaya maju kerana kebolehambilan air dari Sg. Dua tidak mencukupi bagi menampung operasi loji rawatan air (LRA) Sg. Dua yang membekalkan lebih 80% keperluan air di Pulau Pinang.

3. Untuk makluman, pada masa ini, air Sg. Kulim diekstrak untuk tujuan menakung air di Empangan Mengkuang dengan purata kapasiti 87.7%. 

4. Ingin dimaklumkan bahawa tiada kaitan antara pembinaan Stesen Pam Lahar Yooi dengan isu henti tugas LRA Sg. Dua yang disebutkan oleh YB Batu Kawan. Umum mengetahui bahawa henti tugas LRA Sg. Dua berpunca daripada kekeruhan air sungai akibat banjir yang berlaku di Baling, Kedah.

5. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh meneroka sumber air alternatif di Empangan Mengkuang memandangkan Empangan Mengkuang hanya menyimpan air secara strategik buat masa ini dan ianya boleh dipertimbangkan untuk tujuan bekalan air.

Sekian, terima kasih.

Attachments