Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

56

Soalan

TUAN SHAHARIZUKIRNAIN BIN ABD. KADIR [ SETIU ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status pelaksanaan projek Wakaf Air mengikut negeri dan adakah Kementerian akan meneruskan program ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, sehingga 31 Januari 2023 secara keseluruhannya Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim (NRECC) telah meluluskan 57 projek di seluruh Malaysia dengan kos sebanyak RM2,567,548. Daripada jumlah tersebut sebanyak 52 projek telah siap sepenuhnya yang memanfaatkan 26,000 orang manakala 5 projek lagi dalam pelaksanaan yang dijangka siap pada bulan Februari. Projek-projek ini melibatkan kerja-kerja pembinaan kolam tadahan, telaga tiub, tangki air, sistem tadahan air hujan dan pemasangan paip.

2. Tiga buah negeri yang merekodkan jumlah projek Wakaf Air tertinggi adalah Negeri Kedah iaitu 16 projek, diikuti dengan Kelantan 12 projek dan Pahang 11 projek. Manakala negeri-negeri lain seperti Perak 5 projek, Selangor 4 projek, Negeri Sembilan 3 projek dan Johor, Sabah serta Sarawak masing-masing 2 projek.

3. Sehingga kini, terdapat 106 permohonan baharu yang berjumlah RM5,824,190 yang akan memanfaatkan 43,000 orang penduduk luar bandar dalam semakan Kementerian. Walau bagaimanapun, pelaksanaan ini bergantung kepada peruntukan Tabung Wakaf Air.

4. Secara umum, Wakaf Air adalah pendanaan alternatif yang membiayai projek-projek bekalan air yang berskala kecil di kawasan luar bandar yang tidak mempunyai capaian air (Off Grid). Melalui platform ini orang ramai khususnya sektor korporat dapat menyumbang menerusi Tabung Wakaf Air di bawah Yayasan Waqaf Malaysia.

5. Berdasarkan permintaan yang meningkat, Kementerian komited melaksanakan program Wakaf Air selaras dengan objektif Kerajaan memastikan semua penduduk mendapat akses air bersih. Diharapkan dengan sokongan semua pihak, program ini dapat mengembangkan lagi harta wakaf seterusnya memanfaatkan lebih ramai orang.

Sekian, terima kasih.​

Attachments