Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

27 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

14

Soalan

TUAN MUHAMMAD ISMI BIN MAT TAIB [ PARIT ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha Kementerian dalam mengurangkan kebergantungan arang batu sebagai sumber mineral kepada sumber tenaga boleh diperbaharui.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi mengurangkan kebergantungan arang batu sebagai sumber penjanaan elektrik dan mengalihkan sumber penjanaan kepada sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB), usaha seperti berikut telah dilaksanakan:

a) menetapkan peningkatan kapasiti terpasang TBB daripada 24% kepada 31% menjelang tahun 2025 dan 40% in 2035, yang mana pelaksanaannya berdasarkan sumber-sumber TBB iaitu solar, biogas, biojisim dan hidro telah diperincikan di dalam Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia ataupun dengan izin, Malaysia Renewable Energy Roadmap (MyRER);

b) memantau dan memastikan pembangunan semua projek TBB yang telah diluluskan oleh Kerajaan sama ada di bawah program Tarif Galakan (Feed in Tariff – FiT) atau program Solar Berskala Besar (Large Scale Solar – LSS) disiapkan dan beroperasi secara komersial mengikut jadual yang ditetapkan;

c) menggalakkan pemasangan sistem solar atas bumbung melalui pelaksanaan Program Pemeteran Bersih (Net Energy Metering – NEM) dan Self- Consumption (SelCo);dan

d) meningkatkan kapasiti sumber bukan solar seperti biogas, biojisim dan hidrokuasa kecil melalui pelaksanaan mekanisme Tarif Galakan (FiT).

Sekian, terima kasih.​

Attachments