Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

27 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

19

Soalan

TUAN CHA KEE CHIN [ RASAH ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan bilakah projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi fasa 5 akan bermula. Menteri KASA (pada Julai 2022) pernah menyatakan bahawa ia akan bermula pada Januari 2023, tetapi sehingga kini masih belum bermula. Kelewatan ini membimbangkan penduduk yang terlibat. Sila berikan status terkini projek ini.​


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pelaksanaan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Linggi fasa 5 sedang dalam proses perolehan tertakluk kepada tatacara dan kelulusan daripada Kementerian Kewangan.

2. Sehingga kini JPS telah melaksanakan 9 projek kerja-kerja kecil berjumlah RM 1.5 juta bagi mengurangkan risiko banjir dan meningkatkan kualiti air sungai di kawasan Parlimen Rasah Lembangan Sungai Linggi pada tahun 2022. Ini melibatkan pengaluran sungai, menstabilkan tebing sungai serta menaiktaraf saliran.

Sekian, terima kasih.​

Attachments