Tuan Yang di-Pertua,
1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, berdasarkan semakan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), mendapati tiada projek tebatan banjir di Sungai Tok Rama dan kawasan tersebut tiada kejadian banjir berlaku disebabkan oleh limpahan sungai.
2. Sungai ini adalah di dalam Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) wilayah 4 di mana penyelenggaraan dilaksanakan oleh MADA. Sungai tersebut berfungsi pengairan untuk membekalkan air ke kawasan sawah padi sekitarnya dan juga sebagai parit buang.
Sekian, terima kasih.