Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

27 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

28

Soalan

TUAN GANABATIRAU AL VERAMAN [ KLANG ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh Kerajaan untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Parlimen Klang berserta jumlah peruntukan yang diluluskan untuk projek tebatan banjir dan pelebaran Sungai Klang.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian telah mengambil beberapa langkah untuk menyelesaikan masalah banjir di kawasan Parlimen Klang dengan meluluskan Peruntukan Persekutuan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) berjumlah RM12.96 juta bagi melaksanakan tiga (3) projek di Daerah Klang seperti:

i) Kerja-Kerja Naik Taraf Pintu Air Sg. Kapar Besar 1, Daerah Klang bagi JPS Negeri Selangor berjumlah RM 0.7 juta dan telah siap pada 15 Disember 2022;

ii) Projek Penstabilan Tebing Sungai Aur Daerah Klang berjumlah RM 10.3 juta dan dijangka siap pada 9 Mac 2023; dan

iii) Kajian Pelan Induk Rancangan Tebatan Banjir Lembangan Sungai Klang berjumlah RM 1.96 juta dan dijangka siap pada  Oktober 2023.

2. Pada tahun 2022, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan beberapa projek di Parlimen Klang bagi mengurangkan banjir berjumlah RM 740 ribu seperti:

i) Kerja-kerja Pemuliharaan Sungai Untuk Mengurangkan Risiko Banjir (RMKe-12) di Kawasan Parlimen Klang telah dilaksanakan pada tahun 2022 sebanyak RM 400,210; dan

ii) Penyenggaraan kolam takungan banjir sebanyak RM347,857 bagi lima (5) buah kolam takungan banjir di kawasan Parlimen Klang.

3. JPS juga sedang memohon RM1.02 juta bagi melaksanakan tiga (3) projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) untuk dilaksanakan di Daerah Klang iaitu:

i) RTB Sungai Klang di Seksyen 25, Shah Alam;

ii) RTB Sungai Kapar Kecil dan Sungai Kapar Besar; dan

iii) RTB untuk Sungai Klang.

4. JPS turut melaksanakan beberapa projek bersama Kerajaan Negeri Selangor di Daerah Klang melibatkan:

i) RM 281.1 juta  untuk pelaksanaan 28 pelbagai projek pengurangan risiko banjir di Daerah Klang;

ii) RM 24.7 juta Peruntukan Akaun Amanah Caruman Parit untuk tiga (3) projek di Daerah Klang; dan

iii) Projek Pendalaman dan Pelebaran Sungai Klang bersama anak Syarikat Kerajaan Negeri.

Sekian, terima kasih.​

Attachments