Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

27 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

33

Soalan

PUAN HAJAH SALAMIAH BINTI MOHD NOR [ TEMERLOH ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status projek tebatan banjir di daerah Temerloh melibatkan Kem Batu 3, bagi mengatasi kerugian besar, barang dan peralatan ketenteraan yang terpaksa dilupuskan selepas banjir.​

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Amat Berhormat, langkah mitigasi banjir di Kem Batu 3 di daerah Temerloh termasuk dalam perancangan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Semantan Fasa III dan akan dimohon dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMKe-13). Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg. Semantan Fasa I berjumlah RM 47.8 juta pula dijangka siap pada Julai 2024.

2. Untuk mengurangkan risiko banjir di kawasan Parlimen Temerloh, sebanyak 33 projek kerja-kerja kecil telah dilaksanakan pada tahun 2022 dengan kos sebanyak RM 1.32 juta melibatkan kerja-kerja seperti berikut:

i) pengaluran sungai;

ii) menstabilkan tebing sungai; dan

iii) Menaiktaraf saliran bagi meningkatkan kualiti air sungai.

Sekian, terima kasih.​

Attachments