Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

27 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

40

Soalan

DATUK SUHAIMI BIN NASIR [ LIBARAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan rancangan Kerajaan mengatasi isu loji rawatan air di Sabah yang diken​al pasti mengalami masalah sehingga tidak mampu membekalkan air bersih kepada pengguna.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian sentiasa komited dalam memastikan rakyat mendapat akses kepada bekalan air bersih dan sedar akan permasalahan yang membelenggu rakyat di Negeri Sabah.

2. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-10 hingga 12, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan peruntukan secara pinjaman sebanyak RM2.91bilion. Di bawah Rolling Plan Kedua (RP2, RMKe-12), tahun 2022 pula Kerajaan telah meluluskan projek seperti berikut:

a) Pembinaan Loji Rawatan Air Baru, Lahad Datu (Sistem Bekalan Air di Lahad Datu – Fasa I)

- Kos projek: RM230 juta

- Kemajuan fizikal projek adalah sebanyak 68.8%.

b) Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Telibong II Dari 80JLH Ke 160JLH Termasuk Saluran Paip Utama Dan Tangki Simpanan

- Kos projek: RM429.2 juta

- Kemajuan kajian adalah sebanyak 91.76%.

c) Kajian Dan Rekabentuk Konsep Bagi Bekalan Air Kota Kinabalu, Sistem Bekalan Air Di Lahad Datu - Fasa I;

- Kos projek: RM5 juta

- Kemajuan kajian adalah sebanyak 39%.

d) Menaiktaraf Sistem Bekalan Air Kota Marudu;

- Kos projek: RM47.8 juta

- Projek telah siap pada Mei 2022.

e) Pembinaan Loji Rawatan Air Keningau, Sabah;

- Kos projek: RM235 juta

- Projek telah siap

f) Skim Bekalan Air Tawau Fasa III - Rekabentuk Dan Pembinaan Empangan Air;

- Kos projek: RM470.4 juta

- Kemajuan kajian adalah sebanyak 13.56%.

g) Pembinaan Loji Rawatan Air Baru, Semporna;

- Kos projek: RM160 juta

- Projek telah siap pada Mac 2021.

h) Pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang.

- Kos projek: RM161.9 juta

- Kemajuan kajian adalah sebanyak 99.47%.

i) Menaiktaraf Sistem Saluran Agihan Utama Termasuk Pembinaan 3 Buah Tangki Simpanan Utama, Sandakan

- Kos projek: RM100 juta

- Projek belum mula

j) Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Kogopon Dari 40JLH Ke 80JLH Termasuk Saluran Paip Utama Dan Tangki Simpanan

- Kos projek: RM312.2 juta

- Projek belum mula

2. Di samping itu, Kerajaan turut memperuntukkan geran berjumlah RM107.65 juta bagi Program Non Revenue Water (NRW) Nasional di Sabah di bawah RMKe-11 dan RMKe-12.

Tuan Yang di-Pertua,

3. Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian juga telah memohon dua projek baharu di bawah RP3 RMKe-12, iaitu Pembinaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2, Tawau, Sabah dan Naiktaraf Dan Pembaikan Empangan Berisiko Tinggi Di Negeri Sabah berjumlah RM339.7 juta.

Sekian, terima kasih.

Attachments