Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

27 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

44

Soalan

DATO' HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF [ RANTAU PANJANG ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status pelaksanaan projek tebatan banjir di Rantau Panjang dan apakah perancangan Kementerian bagi mempercepat projek tersebut dapat disiapkan.​

Jawapan

Tuan Yang Di-Pertua,

1. Kementerian sedang giat melaksanakan pelbagai projek tebatan banjir di Lembangan Sungai Golok dalam usaha mengurangkan risiko banjir semasa musim Monsun Timur Laut, khususnya penduduk yang tinggal di sekitar lembangan Sungai Golok.

2. Sejumlah RM 1.535 billion melibatkan dua (2) projek sedang dilaksanakan iaitu:

i) Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Golok (KESBAN) Fasa 1 dengan siling kos projek sebanyak RM656 juta. Projek ini dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2024; dan

ii) Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sg Golok Fasa 2 dengan siling kos projek sebanyak RM 879 juta.

3. Kedua-dua projek ini akan dilaksana secara reka dan bina dan dalam proses perolehan.

Sekian, terima kasih.

Attachments