Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

27 February 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

46

Soalan

TUAN YUNESWARAN A/L RAMARAJ [ SEGAMAT ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan pelan kesinambungan rancangan tebat​an banjir yang difokuskan untuk Segamat pada tahun ini dan apakah teknologi perparitan yang sedang diusahakan untuk mengurangkan risiko limpahan air sungai akibat hujan lebat yang boleh menjejaskan kediaman serta perusahaan pertanian penduduk setempat.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Perancangan pengurusan risiko bencana banjir Daerah Segamat akan mengambil kira integrasi mitigasi jangka pendek dan jangka panjang pengurusan banjir melibatkan pendekatan secara Struktur dan Bukan Struktur.

2. Ini termasuklah pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Segamat yang siap sepenuhnya pada tahun 2016 dengan kos sebanyak RM 206 juta. Beberapa infrastruktur kawalan banjir telah dibina di kawasan bandar Segamat. Projek ini melibatkan kerja-kerja menaiktaraf Sungai Segamat dan Sungai Chodan melalui kerja :

i) pelebaran dan mendalamkan sungai;

ii) pembinaan lencongan banjir sepanjang 1.6km;

iii) pembinaan ban pencegah banjir;

iv) pembinaan pintu kawalan air;

v) pembinaan sistem perparitan baharu; serta

vi) pembinaan stesen sistem amaran banjir.

2. Usaha ini berjaya mengurangkan impak banjir di bandar Segamat dalam kejadian banjir di Negeri Johor pada tahun 2006, 2007 dan 2011. Pelaksanaan projek RTB ini dapat memberi manfaat kepada 10,000 orang penduduk dan perusahaan di sekitar Bandar Segamat.

3. Bagi meningkatkan perlindungan terhadap banjir di kawasan-kawasan lain, Kementerian akan melaksanakan Projek RTB Lembangan Sungai Muar Fasa 3 dengan anggaran kos sebanyak RM650 juta.

4. Selain itu, pendekatan bukan struktur melalui Pengurusan Lembangan Sungai Bersepadu atau Integrated River Basin Management (IRBM) juga dilaksanakan. Pendekatan IRBM ini dapat memulihara sumber air dalam pengurusan lembangan sungai. Satu (1) kajian IRBM Sungai Muar meliputi Sungai Segamat akan dilaksanakan dari Mei 2023 hingga Januari 2025 di bawah Rolling Plan 3 (RP3), Rancangan Malaysia ke-12 (RMKe-12).

5. Terdapat empat (4) objektif utama dalam pendekatan IRBM iaitu:

i) memastikan air mencukupi;

ii) memastikan air bersih;

iii) mengurangkan risiko banjir; dan

iv) meningkatkan pemuliharaan alam sekitar.

6. Melalui pelan IRBM yang disediakan, cadangan perancangan dan pembangunan sumber air di dalam sesebuah lembangan boleh dijadikan rujukan oleh pihak Kerajaan Negeri dan semua pihak berkepentingan. Dalam merancang pembangunan, kesan terhadap kelestarian alam sekitar perlu diberikan perhatian terutamanya sumber air yang sangat diperlukan oleh negara untuk tujuan pembangunan disamping keperluannya untuk kepelbagaian biologi.

Sekian, terima kasih​

Attachments