Tuan Yang di-Pertua,
1. Bagi maksud penyediaan Laporan EIA pada masa ini, keperluan Seksyen 34A (2), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 menyatakan akan tanggungjawab penggerak projek bagi sesebuah cadangan pembangunan yang melibatkan aktiviti yang ditetapkan melantik orang yang layak (jururunding EIA) menjalankan kajian EIA bagi memastikan penilaian kesan kepada aktiviti dan langkah-langkah mitigasi dinyatakan secara komprehensif dan boleh dilaksanakan. Ada penambahbaikan amalan yg ada pada hari ini berbanding asalnya. Bermula tahun 2007, semua perunding perlu berdaftar dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) secara sukarela dan pada 2012 secara mandatori.
2. Pilihan lain untuk penambahbaikan masa hadapan adalah pelantikan perunding oleh JAS secara langsung. Dari segi implikasi kewangan, JAS masih boleh mengutip bayaran daripada penggerak projek tetapi JAS yang akan pilih siapa perunding untuk melaksanakan kerja tersebut. Kedua, penambahbaikan yang telah dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Di mana penggerak projek melantik perunding mereka sendiri dan pihak berkuasa boleh melakukan semakan samada melalui perunding audit atau pemeriksa atau perunding bebas oleh pihak berkuasa yang juga dibiayai oleh penggerak projek. Untuk makluman pihak kerajaan pada hari ini sedang melaksanakan kajian untuk penubuhan Lembaga Alam Sekitar (Environmental Board) bawah RMK12 untuk merangka hala tuju dan gerak kerja bagi penubuhan Lembaga Alam Sekitar.
Sekian, terima kasih.