Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

02 March 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

12

Soalan

TUAN HASSAN BIN SAAD [ BALING ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir di bawah RMK-12 bagi negeri Kedah khususnya melibatkan kerja menstabilkan tebing dan pengaluran sungai.​​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Untuk makluman Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah melaksanakan projek-projek kecil pemuliharaan sungai  bagi Negeri Kedah di bawah RMKe-12 iaitu:

i) 103 projek pemuliharaan sungai berjumlah RM12 juta; dan

ii) 197 projek kerja-kerja kecemasan luar jangka berjumlah RM7.9 juta

2. Pada tahun 2023, sebanyak RM14 juta akan disalurkan ke Negeri Kedah bagi projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir.

3. Bagi langkah mitigasi jangka panjang pula, Kementerian  sedang melaksanakan pembangunan Empangan Sabo bagi mengatasi masalah banjir di Daerah Yan dan Kuala Muda dengan kos kontrak sebanyak RM22.8 juta dan dijangka siap pada Jun 2023.

4. Manakala di kawasan Kampung Iboi, Baling projek Pembinaan Infrastruktur Sabo di Lembangan Sungai Kupang, Baling, Kedah di peringkat penyediaan spesifikasi dan dijangka tender pada Mei 2023 dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 26.3 juta.

Sekian, terima kasih.

Attachments