Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

02 March 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

18

Soalan

DATUK HAJI AHMAD AMZAD BIN MOHAMED @ HASHIM [ KUALA TERENGGANU ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status kemajuan projek pendalaman kawasan pelabuhan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Chendering, Kuala Terengganu yang menggunakan peruntukan Kerajaan Pusat ​sebanyak RM15 juta serta status permohonan projek pendalaman muara Sungai Ibai juga di Kuala Terengganu.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Projek Pemuliharaan Muara Sungai Ibai, Kuala Terengganu telah diluluskan semasa Rolling Plan 1 (RP1) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12). Projek ini dalam peringkat akhir pra-pembinaan iaitu untuk memuktamadkan dokumen tender dan pelan tender bersama pihak perunding. Projek ini dijangka diiklan pada hujung bulan April 2023.

Sekian, terima kasih.

Attachments