Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

02 March 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

31

Soalan

TUAN MANNDZRI BIN NASIB [ TENGGARA ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini projek projek tebatan banjir di kawasan-kawasan yang dikategorikan sebagai kritik​al.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian sentiasa mengambil langkah proaktif dalam melaksanakan langkah mitigasi banjir bagi mengurangkan risiko banjir. Projek tebatan banjir yang telah diluluskan di bawah Rolling Plan 3 (RP3), Rancangan Malaysia ke-12 (RMke-12) bagi tahun 2023 adalah sebanyak RM 466 juta melibatkan 90 projek baru dan sambungan.

2. Bagi projek sambungan, sejumlah RM454 juta telah diperuntukkan bagi 87 projek tebatan banjir untuk pelaksanaan mengikut kemajuan yang ditetapkan. Manakala sebanyak RM12.7 juta melibatkan tiga (3) projek baru telah diluluskan

3. Projek-projek ini telah diluluskan kepada kawasan-kawasan yang diketegorikan sebagai kritikal berdasarkan kepada kajian yang dilaksanakan dan kejadian banjir semasa.

Sekian, terima kasih.​

Attachments