Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

02 March 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

34

Soalan

IR. TS. HA​JI KHAIRIL NIZAM BIN KHIRUDIN [ JERANTUT ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status penambahbaikan loji air Batu Balai, Jerantut yang sudah diluluskan oleh Menteri KASA pada penggal Parlimen sebelum ini.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, projek ini tidak tersenarai di bawah Rancangan Malaysia Ke-12, Rolling Plan 2 dan 3 mahupun rancangan perniagaan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN). Melalui semakan Kementerian, Projek Menaik Taraf Loji Rawatan Air (LRA) Batu Balai di Jerantut dilaksanakan oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di bawah program Bekalan Air Luar Bandar.

Sekian, terima kasih.​

Attachments