Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

02 March 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

39

Soalan

TUAN CHOW KON YEOW [ BATU KAWAN ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan tindakan lanjut pihak Kementerian berhubung pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS) yang telah tertangguh selama 12 tahun. Ini adalah berdasarkan Laporan Akhir Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak untuk Bekalan Air Utara Perak dan Negeri Pulau Pinang (SPRWTS) bertarikh 13 September 2022 yang mana merumuskan bahawa kapasiti sebanyak 700 juta liter sā€‹ehari (jlh) boleh diperoleh dari Sungai Perak untuk negeri Pulau Pinang.ā€‹

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Bagi pelaksanaan projek SPRWTS, Kementerian pada masa itu dikenali sebagai Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) selaku pengantara rundingan telah mengadakan mesyuarat bersama Kerajaan Perak dan Kerajaan Pulau Pinang pada 18 Februari 2020 bagi membincangkan pelaksanaan Skim Penyaluran Air Mentah Sungai Perak (SPRWTS). Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh mantan YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli dan turut dihadiri oleh YAB Dato' Seri Ahmad Faizal Bin Dato' Azumu, Menteri Besar Perak dan YAB Tuan Chow Kon Yeow, Ketua Menteri Pulau Pinang. Mesyuarat ini diadakan bagi memutuskan kaedah penyaluran air sama ada dalam bentuk air mentah atau terawat. Tiada sebarang persetujuan dicapai oleh kedua-dua pihak pada mesyuarat ini.

2. Selanjutnya, Menteri Besar Perak semasa mesyuarat antara Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Kerajaan Negeri Perak pada 1 Mac 2022 telah memaklumkan pendirian bahawa Negeri Perak tidak dapat memenuhi permintaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk mendapatkan air mentah kerana sumber air sedia ada negeri itu tidak mencukupi untuk menampung keperluan domestik rakyat mahupun industri di Negeri Perak. Dalam hal ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang perlu berunding dan mencapai kata sepakat berhubung SPWRTS dengan Kerajaan Negeri Perak.

Tuan Yang Di-Pertua,

3. Sepertimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, hal-hal yang berkaitan sumber air sebagaimana yang telah termaktub di bawah Jadual Kesembilan, Senarai II, Perlembagaan Persekutuan adalah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Oleh itu, pelaksanaan SPRWTS ini tertakluk kepada rundingan dan persetujuan kedua-dua Kerajaan Negeri.

Sekian, terima kasih.

Attachments