Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

21 March 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

46

Soalan

Datin Ros Suryati binti Alang minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah pelan jangka masa panjang yang akan diam​bil oleh Kerajaan bagi mempercepatkan penyelesaian masalah banjir pada setiap tempat berisiko tinggi.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

1. Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah merangka pelan jangka panjang bagi mengurangkan impak banjir disebabkan oleh limpahan sungai melalui dua (2) kaedah iaitu Kaedah Bukan Struktur dan Kaedah Struktur.

2. Kaedah Bukan Struktur melibatkan pelaksanaan Kajian Pelan Induk dan Peta Hazard Banjir yang dilaksanakan di kawasan-kawasan dikenalpasti berisiko tinggi. Hasil kajian ini akan dapat menterjemahkan impak dan risiko banjir serta membantu dalam merangka dasar dan strategi pelaksanaan pembangunan bagi pengurusan banjir yang lebih efektif.

3. Bagi Kaedah Struktur melibatkan komponen fizikal seperti pembinaan ban, benteng banjir (flood wall), rumah pam dan lain-lain yang berkaitan.

4. Di bawah Rolling Plan 3 (RP3), Rancangan Malaysia ke-12 (RMke-12), sebanyak 93 projek melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM 11.53 bilion telah diluluskan melibatkan kawasan-kawasan berisiko tinggi dan kerap dilanda banjir.

Sekian, terima kasih.

Attachments