Pertanyaan

Bukan Lisan

Dewan

Dewan Negara

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Pertama

Tarikh Persidangan

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tanah

Nombor Soalan

14

Soalan

Datuk Wira Koh Nai Kwong minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-

a) langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh Kementerian untuk mengelakkan isu yang melibatkan anak luar nikah bukan Islam mewarisi pusaka mendiang bapa berlaku lagi dan sama ada isu anak luar nikah bukan Islam mewarisi pusaka mendiang bapa terdapat percanggahan di antara Akta Pengagihan dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan; dan

b) berapa anak luar nikah yang didaftarkan dalam 5 tahun yang sebelum ini dan berapa bilangan anak luar nikah yang didaftarkan dengan maklumat bapa kandungnya dalam rekod 5 tahun sebelum ini.


Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Berdasarkan Akta Pembahagian 1958 [Akta 300] berhubung pewarisan pusaka orang bukan Islam, isteri dan anak menerusi perkahwinan yang tidak sah adalah tidak berhak untuk mewarisi harta pusaka simati.  Hal ini kerana perkahwinan simati yang tidak dapat dibuktikan kesahihannya dari segi undang-undang menyebabkan isteri mahupun anak tersebut dianggap bukan waris simati. Justeru, sekiranya terdapat permohonan mendapatkan harta pusaka kecil oleh isteri atau anak luar nikah bukan Islam, ianya tidak boleh dilaksanakan memandangkan individu tersebut bukan waris mendiang bapanya.

Namun, hal ini tertakluk kepada Perintah Mahkamah Tinggi sekiranya rujukan dibuat ke mahkamah. Justeru dari sudut pelaksanaan pembahagian harta pusaka kecil, tiada isu percanggahan yang melibatkan Akta Pembahagian 1958 dan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

INPUT KDN bagi jawapan (b)

Tuan Yang di-Pertua,

(b) Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berperanan untuk mendaftar setiap kelahiran yang berlaku di Malaysia tanpa mengira status keturunan dan taraf kewarganegaraan ibu bapa kanak kanak tersebut berdasarkan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299).

Pendaftaran Kelahiran yang tidak dikemukakan dengan sebarang dokumen perkahwinan yang sah berkaitan perkahwinan akan didaftarkan dengan catatan Seksyen 13 iaitu peruntukan mengenai bapa kepada anak tidak sah taraf selaras dengan Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 (Akta 299) atau tanpa Maklumat Bapa di dalam sijil kelahiran tersebut.

Merujuk kepada peruntukan Seksyen 13, Akta 299, maklumat bapa atau orang yang mengaku sebagai bapa boleh dimasukkan pada dokumen sijil kelahiran kanak-kanak. Justeru, tertakluk kepada Seksyen tersebut, maklumat bapa pada dokumen kelahiran tidak semestinya merujuk kepada bapa kandung semata-mata.

Statistik Anak Tak Sah Taraf dengan catatan Seksyen 13 dan Tanpa Maklumat Bapa mulai tahun 2018 sehingga tahun 2022 adalah seperti berikut:

TahunSeksyen 13Tanpa Maklumat Bapa
201823,97722,125
201924,01021,791
202021,28919,870
202122,47116,326
202222,43915,301
Jumlah114,18695,413
Jumlah Keseluruhan​
209,599​


Sekian, terima kasih.

Attachments