Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

10 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

11

Soalan

Dato' Indera Mohd Shahar bin Abdullah [ Paya Besar ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kelebihan yang akan diperoleh negara dengan kelonggaran dasar perdagangan Tenaga Boleh Baharu rentas sempadan.

Jawapan

JAWAPAN


Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, keputusan Kerajaan untuk menyemak semula dasar perdagangan Tenaga Boleh Baharu (TBB) rentas sempadan dan seterusnya membenarkan urusniaga perdagangan TBB rentas sempadan dilaksanakan bakal membuka peluang ekonomi baharu kepada pemaju industri TBB negara untuk turut meneroka pasaran TBB di negara jiran seperti Singapura yang bernilai tinggi.


  1. Selain itu, pembukaan perdagangan TBB rentas sempadan juga akan mempercepatkan proses peralihan tenaga dengan membuka peluang pelaburan untuk mengembangkan penggunaan teknologi penstoran tenaga di grid yang boleh ditampung melalui nilai penjualan tenaga yang lebih tinggi di negara jiran.


  1. Di samping itu, rangkaian sambung tara yang dibangunkan bagi pelaksanaan aktiviti perdagangan TBB rentas sempadan juga membolehkan sistem bekalan elektrik negara jiran digunakan untuk tujuan “system balancing” bagi meningkatkan lagi keanjalan sistem grid di negara ini dan seterusnya membolehkan kemasukan kapasiti TBB yang lebih tinggi dalam sistem pembekalan elektrik pada kos yang lebih rendah.


Sekian, terima kasih.

Attachments