Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

10 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

17

Soalan

Datuk Seri Utama Hasni bin Mohammad [ Simpang Renggam ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan perkembangan terkini penubuhan Renewable Energy Exchange pada tahun 2024.

Jawapan

JAWAPAN


Tuan Yang di-Pertua,


Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan telah meneliti pelaksanaan pasaran tenaga atau energy exchange di beberapa negara dan kini dalam peringkat akhir untuk memuktamadkan kerangka dasar, model dan mekanisme pelaksanaan pasaran tenaga tersebut.


Pengumuman bagi pelaksanaan dan pengoperasian pasaran tenaga ini dijangka akan dibuat dalam suku tahun keempat tahun ini. Manakala, aktiviti berkaitan pasaran tenaga ini  akan mula dilaksanakan pada suku tahun pertama tahun 2024.


Sekian, terima kasih.​

Attachments