Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

10 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

33

Soalan

Tuan Haji Yusuf bin Abd. Wahab [ Tanjong Manis ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan apakah terdapat peruntukan untuk membina benteng hakisan ombak untuk melindungi kawasan pantai yang terhakis di Parlimen Tanjong Manis.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) akan melaksanakan projek-projek membina benteng hakisan ombak di bawah peruntukan Mengatasi Banjir Pantai di Negeri Sarawak, di kawasan Parlimen Tanjung Manis. Projek ini melibatkan Kampung Baru Rajang, Kampung Tekajong dan Sebako Sedi di Bahagian Mukah dengan anggaran 4.5km panjang pantai dan 3,000 penduduk dapat dilindungi. Projek ini bertujuan mengurangkan risiko berlakunya limpahan banjir pantai ke kawasan penduduk, melindungi harta benda dan kawasan pertanian. Projek ini sedang dalam peringkat pra-pelaksanaan.  

  2. Secara keseluruhannya, di Negeri Sarawak, projek membina benteng hakisan ombak dapat melindungi 32.9km panjang persisiran pantai akibat banjir pantai dan menyediakan perlindungan kepada penduduk seramai 37,000 orang di Sarawak yang terkesan akibat banjir pantai.


Sekian, terima kasih.​

Attachments