Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

10 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Tenaga

Nombor Soalan

55

Soalan

Tuan Sim Tze Tzin [ Bayan Baru ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dengan lebih terperinci mekanisme yang membenarkan isi rumah untuk mendapatkan pendapatan dengan menyewakan bumbung untuk pemasangan panel solar. Berapakah projek telah berjaya dijalan setakat ini.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kerajaan tidak mempunyai program khusus yang dibangunkan untuk membolehkan pengguna elektrik menjana pendapatan daripada sewaan bumbung bangunan untuk pemasangan panel solar. 


  1. Program sedia ada di bawah Skim Net Energy Metering dan SelCo antaranya membenarkan pemasangan solar di bumbung bangunan yang dibiayai melalui kaedah pajakan solar yang ditawarkan oleh pelabur solar kepada pengguna.


  1. Aturan pembiayaan melalui sewaan bumbung atau solar leasing lazimnya ditawarkan pelabur solar kepada pengguna komersial dan industri  dan sehingga kini, terdapat 467 projek dengan kapasiti 164.5MW di bawah Skim Net Energy Metering yang telah dibiayai melalui kaedah solar leasing.


Sekian terima kasih.​

Attachments