Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perubahan Iklim

Nombor Soalan

2

Soalan

Dato' Dr. Alias bin Razak [ Kuala Nerus ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan usaha Kerajaan bagi memastikan negeri Pantai Timur khususnya Terengganu turut menerima dana pembiayaan daripada Global Environmental Facility (GEF) dan Green Climate Fund (GCF).

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Malaysia telah banyak menerima manfaat daripada peruntukan yang diterima daripada Global Environment Facility (GEF). Sejak Malaysia menyertai GEF pada tahun 1994, sebanyak 21 buah projek di peringkat nasional telah dilaksanakan dengan jumlah pembiayaan sebanyak USD76.951 juta. 


  1. Selain itu, Malaysia sebagai negara parti kepada Perjanjian Paris turut layak untuk menerima pembiayaan di bawah Green Climate Fund (GCF) bagi melaksanakan tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim. Sehingga kini, Kementerian telah melaksanakan empat (4) projek GCF di peringkat nasional dengan jumlah pembiayaan USD 1.398 juta dan turut terlibat dalam satu (1) projek serantau dengan pembiayaan berjumlah USD 300 juta.


  1. Wakil-wakil daripada semua negeri termasuk dari pantai timur juga telah menghadiri sesi libat urus bagi mendapatkan input daripada pelbagai pemegang taruh bagi mengenalpasti program atau projek yang berpotensi untuk dilaksanakan melalui pembiayaan GEF dan GCF. 


  1. Negeri Pantai Timur juga akan turut dilibatkan dalam program pembangunan kapasiti dan perkongsian pengetahuan semasa pelaksanaan projek-projek lain berdasarkan kesesuaian.  


Sekian, terima kasih. ​

Attachments