Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Mineral, Geosains

Nombor Soalan

8

Soalan

Tuan Haji Muhammad Islahuddin bin Abas [ Mersing ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan secara terperinci sejauh mana fungsi dan bidang Pusat Bencana Geologi Negara bagi menangani impak keterancaman perubahan iklim di Malaysia.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,



1. Pusat Bencana Geologi Negara (PBGN) ditubuhkan bagi menjalankan fungsi-fungsi berikut:

i. penyelidikan berimpak tinggi menggunakan sains dan teknologi terkini dan berkepakaran tinggi berkaitan penilaian bahaya dan risiko bencana geologi;

ii. pembangunan sistem amaran awal bencana geologi dan pemantauan berkala di kawasan-kawasan hotspot bencana geologi; dan

iii. pembangunan model ramalan, amaran awal dan kesedaran awam berhubung ancaman bencana geologi.


2. PBGN menyediakan khidmat kepakaran teknikal yang khusus dan berkompeten tinggi dalam bidang penilaian dan forensik bencana, geologi kejuruteraan, aplikasi teknologi satelit serta penderiaan jauh, analisis pemodelan serta rangkaian sistem amaran awal, dataraya dan bidang-bidang berkaitan.


3. Kerajaan dijangka akan mengalami kerugian yang dianggarkan sebanyak 17 bilion dalam masa 25 tahun akan datang sekiranya langkah-langkah mitigasi dan kesiapsiagaan pengurangan risiko bencana tidak dilaksanakan. Dengan penubuhan PBGN ini, pengurusan bencana geologi negara dapat dilaksanakan dengan efisien dan berkesan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dalam menangani impak keterancaman perubahan iklim global, mengurangkan impak bencana dan meningkatkan tahap keselamatan serta kesejahteraan rakyat.


Sekian, terima kasih.​

Attachments