Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Perhutanan, Biodiversiti

Nombor Soalan

20

Soalan

Ir. Ts. Haji Khairil Nizam bin Khirudin [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan mengapa Jabatan Perhilitan Jerantut hanya mempunyai 1 buah kereta pacuan 4-roda, keahlian anggota yang sedikit, fasiliti pejabat yang kurang selesa serta bilangan perangkap haiwan yang tidak mencukupi sedangkan keluasan Jerantut yang berbukit-bukau dan mempunyai hutan sebesar 378,357.83 hektar.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Pejabat Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Daerah Jerantut telah ditubuhkan pada tahun 2017 dengan 6 perjawatan yang diketuai oleh seorang Ketua PERHILITAN Daerah dan dibantu oleh 5 orang Pembantu Hidupan Liar. Sebelum pejabat ini ditubuhkan, aduan berkaitan hidupan liar dan operasi penguatkuasaan dijalankan oleh Pejabat Jabatan PERHILITAN Daerah Temerloh dan Pejabat Taman Negara Pahang, Kuala Tahan.


  1. Antara tindakan yang telah diambil bagi meningkatkan pelaksanaan tugasan Jabatan PERHILITAN di negeri Pahang adalah seperti berikut:

    1. Mobilisasi kakitangan daripada lain-lain lokasi bagi membantu operasi;

    2. Mengemukakan permohonan pertambahan perjawatan kepada pihak Jabatan Perkhidmatan Awam untuk pertimbangan;

    3. Menambah satu unit kenderaan pacuan 4 roda baharu pada 26 September 2023 untuk kegunaan tugasan di lapangan khususnya bagi menangani isu konflik manusia dan hidupan liar; dan

    4. Menambah 13 unit perangkap hidupan liar melalui Program Pembangunan Kawalan, Tangkapan dan Mitigasi Konflik Hidupan Liar Semenanjung Malaysia.


  1. Jabatan PERHILITAN juga sentiasa meneliti dari semasa ke semasa keperluan untuk menempatkan lebih ramai anggota Jabatan PERHILITAN dan meningkatkan kemudahan fasiliti serta aset bagi meningkatkan lagi keberkesanan pelaksanaan tugasan dan pada masa yang sama memastikan kebajikan anggota terjaga.


Sekian, terima kasih.​

Attachments