Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

40

Soalan

Tuan Lo Su Fui [ Tawau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-

 

a)   Status dan jangkaan projek pembinaan Loji Cinta Mata 2 ini boleh disiapkan sepenuhnya; dan

  

b)   Jaminan untuk menurunkan segera bajet perlaksanaan Loji Rawatan Air Cinta Mata 2 yang dijangka boleh menampung keperluan air hampir 500 ribu penduduk Tawau.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,

 

1.             Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Projek Pembinaan Loji Rawatan Air (LRA) Cinta Mata 2 sedang dalam proses memuktamadkan skop kerja mengikut kos siling asal. Surat Setuju Terima (SST) projek ini dijadualkan keluar pada Januari 2025, dan dijangka siap sepenuhnya pada Januari 2028.

 

2.             Rekabentuk Konsep projek ini telah dibentangkan pada 2 Oktober 2023 dan telah diluluskan dalam mesyuarat jawatankuasa rekabentuk Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) untuk diteruskan bagi tujuan Makmal Pengurusan Nilai.

 

Tuan Yang di-Pertua,

 

3.             Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bajet pelaksanaan Projek LRA Cinta Mata 2 akan dimuktamadkan menerusi penilaian Makmal Pengurusan Nilai yang dijangka diadakan pada Mei 2024. Penilaian semasa makmal ini akan mengenal pasti dan memuktamadkan skop dan kos bagi mencapai value for money.


Sekian, terima kasih.​

Attachments