Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

16 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

44

Soalan

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan jumlah pembiayaan Kerajaan Persekutuan mengikut negeri bagi projek sumber air negeri sejak perjanjian migrasi dimuktamad​kan sehingga Jun 2023.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Sebanyak sepuluh (10) negeri telah menandatangani perjanjian Penstrukturan Semula Industri Perkhidmatan Bekalan Air. Penstrukturan ini membolehkan kerajaan negeri mendapat akses kepada pembiayaan secara geran bagi tujuan pembangunan projek-projek sumber air seperti empangan, takungan air pinggiran sungai (TAPS) dan baraj.


  1. Perincian pembiayaan Kerajaan Persekutuan bagi projek sumber air kepada negeri-negeri sejak perjanjian migrasi dimuktamadkan sehingga Jun 2023 adalah seperti berikut:


Bil

Negeri

Jumlah Pembiayaan (RM)

1.

Melaka

1.3 bilion

2.

Negeri Sembilan

2.8 bilion

3.

Johor

961.8 juta

4.

Pulau Pinang

1.9 bilion

5.

Perak

1.2 bilion

6.

Kelantan

1.67 bilion

7.

Selangor

2.67 bilion

8.

Perlis

329.9 juta

9.

Pahang

1.72 bilion

10.

Kedah

3.13 bilion


Sekian, terima kasih.​

Attachments