Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 16 October 2023 | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Mineral, Geosains | Nombor Soalan | 52 | Soalan | Datuk Haji Ahmad Marzuk bin Shaary [ Pengkalan Chepa ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan dapatan terperinci jawatankuasa induk peringkat pusat yang diwujudkan oleh Kerajaan bagi menyelaras standard operasi dan tatakelola sektor perlombongan mineral khususnya nadir bumi atau Non-Radioactive Rare Earth Element (NRREE).
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua, Untuk makluman, tiada sebarang penubuhan jawatankuasa induk diperingkat pusat yang diwujudkan oleh Kerajaan bagi menyelaras standard operasi dan tatakelola sektor perlombongan mineral khususnya nadir bumi atau Non-Radioactive Rare Earth Element (NR-REE). Walau bagaimanapun, Kerajaan mempunyai platform-platform tertentu bagi membincangkan mengenai hal ehwal dasar dan operasi industri mineral termasuk NR-REE antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri seperti berikut:
Majlis Tanah Negara (MTN) – MTN merupakan platform tertinggi bagi membincangkan isu-isu berkaitan pengurusan tanah termasuk perkara-perkara berkaitan pengurusan sumber mineral;
Majlis Mineral Negara (MMN) – MMN merupakan platform utama yang membincangkan berkenaan isu-isu dasar dan operasi berkaitan pembangunan industri mineral negara. Mesyuarat MMN 2 yang telah diadakan pada 8 Mei 2023 turut membincangkan mengenai SOP Perlombongan NR-REE di Malaysia. Seperti mana peruntukan Perkara 91 Perlembagaan Persekutuan, segala syor yang diputuskan diperingkat Majlis Mineral Negara (MMN) khususnya berkaitan dasar dan perundangan perlu dibawa ke peringkat MTN bagi mendapatkan pengesahan dan persetujuan; dan
Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Industri Mineral (JKPPIM) – Jawatankuasa ini telah ditubuhkan melalui keputusan dalam Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua (MMN 2). Ia berperanan untuk memperincikan isu industri mineral negara serta membantu mempercepatkan proses pembuatan keputusan. Susulan daripada keputusan MMN 2 yang meluluskan SOP ini secara prinsip, mesyuarat JKPPIM yang pertama pada 2 Oktober 2023 telah bersetuju supaya dokumen Prosedur Operasi Standard (SOP) perlombongan NR-REE di Malaysia diedarkan kepada negeri-negeri bagi tujuan pemakaian mengikut perundangan di negeri masing-masing.
Kesemua platform-platform ini merupakan inisiatif Kerajaan dalam menyelaras perkara-perkara berkaitan industri mineral termasuk bagi industri NR-REE di Malaysia.
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|