Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

19 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Mineral, Geosains

Nombor Soalan

8

Soalan

Dato' Ahmad bin Saad @ Yahaya [ Pokok Sena ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status terkini kajian terhadap tahap unjuran ekonomi sumber mineral strategik khusus kepada negeri Kedah berdasarkan Rancangan Malaysia Ke-12.

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) melalui Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) telah diberi peruntukan sebanyak RM20 juta di bawah Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12) untuk melaksanakan kajian potensi mineral strategik ke arah pengurusan sumber yang mampan di Negeri Johor, Kedah, Perak dan Sabah bermula pada 2023 sehingga 2025.


  1. Di bawah projek pembangunan RMKe-11, sejumlah RM270,000 telah diperuntukkan bagi kajian tinjauan awalan potensi sumber unsur nadir bumi (rare earth element - REE) di negeri Kedah di mana hasil kajian menunjukkan potensi sumber REE dari jenis lempung jerapan ion di daerah Baling, Kulim, Sik dan Yan berjumlah 1.125 juta tan bernilai RM56.7 bilion telah dikenal pasti.


  1. Pada RMKe-12, JMG juga telah diberi peruntukan sebanyak RM15 juta di bawah projek Penilaian Potensi Sumber Nadir Bumi (REE) bagi melaksanakan kajian susulan penentuan sumber terukur (measured resource) REE dari jenis lempung jerapan ion. Bagi Negeri Kedah, kajian susulan tersebut telah dilaksanakan di lapan (8) kawasan kajian di daerah Baling, Sik, Kulim, Padang Terap dan Kubang Pasu, dengan peruntukan yang diterima sehingga tahun 2023 berjumlah RM504,000.


Sekian, terima kasih.​

Attachments