Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

19 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

27

Soalan

Tuan Lo Su Fui [ Tawau ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan status kemajuan Projek Rancangan Tebatan Banjir Tawau Fasa 1A yang diluluskan pada RMK-11 Pakej 3 dan 4 yang meliputi :-


a) pembesaran sungai asal sepanjang 4.0 KM dari Kampung Titingan kerana keadaan sekarang, besar di hulu sungai 20 meter dan di hilir sungai 7 meter menyebabkan air melimpah dan banjir; dan


b) pemasangan kunci air automatik atau Automatic Tidal Gate) dan memperbaiki sistem pengaliran lencongan Sungai Tawau melalui Kampung Pasir Putih dan Kampung Kukusan sehingga lautan.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian ini sememangnya mempunyai perancangan menyeluruh bagi mengatasi isu kejadian banjir yang berlaku di Sungai Tawau. 


  1. Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau, (Fasa 1A – Pakej 3 dan Pakej 4) sedang dilaksanakan di tapak, bermula pada tahun 2019 dan dijangka siap pada tahun 2024 dengan kos kontrak RM27 juta. Projek ini dijangka akan memberi manfaat kepada 8,000 orang penduduk yang terjejas akibat bencana banjir. Projek ini turut merangkumi skop melebarkan dan mendalamkan muara sungai Tawau.


  1. JPS juga telah mengemukakan permohonan projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Tawau, Lembangan Sungai Tawau, Sabah (Fasa 1B - Pakej 1 dan Pakej 2) dalam permohonan projek Rolling Plan 4 (RP4) di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12). Projek ini akan melengkapkan fasa pembinaan di kawasan Bandar Tawau dan sedang dalam pertimbangan dan kelulusan Kementerian Ekonomi.


  1. Manakala skop pemasangan kunci air automatik (Automatic Tidal Gate) tidak dimasukkan di bawah RTB Sungai Tawau Fasa 1A. Walau bagaimanapun, komponen ini akan dimohon dalam Rolling Plan seterusnya. 


Sekian, terima kasih.



Attachments