Pertanyaan | Lisan | Dewan | Dewan Rakyat | Parlimen | Parlimen 15 | Penggal | Penggal 2 | Sesi | Mesyuarat Ketiga | Tarikh Persidangan | 19 October 2023 | Tahun Persidangan | 2023 | Kategori | Tenaga | Nombor Soalan | 37 | Soalan | Tuan Onn bin Abu Bakar [ Batu Pahat ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan kajian di peringkat antarabangsa tahun 2008 memaklumkan nilai simpanan tenaga ombak adalah 2 kali ganda penggunaan tenaga elektrik dunia. Adakah tenaga ombak akan digunakan untuk mengganti tenaga arang batu dan fosil.
| Jawapan | Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan terbuka untuk menerima sebarang teknologi penjanaan elektrik yang mempunyai kos yang kompetitif bagi memastikan tarif elektrik kepada pengguna adalah mampu bayar.
Oleh itu, Kerajaan pada dasarnya, tiada halangan sekiranya terdapat cadangan komersial yang berdaya maju untuk menjana elektrik dari tenaga ombak menggantikan sumber penjanaan tenaga dari sumber arang batu dan fosil pada kos yang munasabah di masa akan datang.
Walau bagaimanapun, secara logiknya tenaga ombak ini akan melibatkan aspek pembangunan infrastruktur offshore yang kompleks serta kos yang tinggi. Sehubungan itu, pembangunan tenaga ombak dilihat sebagai kurang berdaya maju dan ‘feasible’ berbanding sumber penjanaan yang lain ekoran kos yang sangat tinggi dan tidak ekonomik untuk dilaksanakan pada masa sekarang.
Sekian, terima kasih. | Attachments |
|
|