Pertanyaan

Lisan

Dewan

Dewan Rakyat

Parlimen

Parlimen 15

Penggal

Penggal 2

Sesi

Mesyuarat Ketiga

Tarikh Persidangan

19 October 2023

Tahun Persidangan

2023

Kategori

Air

Nombor Soalan

38

Soalan

Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man [ Kubang Kerian ] minta MENTERI SUMBER ASLI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM menyatakan :-

a) status terkini program Denai Sungai Kebangsaan (DSK) bagi setiap negeri dan sejauh mana sasaran tercapai; dan

b) adakah Kementerian menyediakan peruntukan tambahan serta mohon senaraikan mengikut pecahan negeri.​

Jawapan

Tuan Yang di-Pertua,


  1. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kementerian mensasarkan pembinaan denai sepanjang 1,000km bagi tahun 2023. Sehingga September 2023, sepanjang 1,248km DSK telah berjaya dibina dengan pecahan pencapaian bagi setiap negeri adalah seperti berikut:


Negeri

Panjang Denai (km)

Johor

83.27

Kedah

281.21

Kelantan

393.98

Melaka

67.84

Negeri Sembilan

59.57

Pulau Pinang

94.45

Pahang

17.74

Perak

40.32

Perlis

25.36

Sabah

16.18

Sarawak

6.61

Selangor

26.48

Terengganu

38.29

W.P. Kuala Lumpur

54.70

W.P. Labuan

1.74

W.P. Putrajaya

40.54

JUMLAH

1248.28km


  1. Kementerian tidak bercadang untuk memohon peruntukan tambahan bagi pelaksanaan projek DSK bagi tahun 2023. Walau bagaimanapun, Kementerian telah memohon peruntukan dalam cadangan inisiatif utama bagi Belanjawan 2024.


  1. Projek Denai Sungai Kebangsaan (DSK) merupakan program berbentuk pemerkasaan komuniti yang melibatkan penglibatan semua pihak. Pelaksanaan DSK tidak hanya tertakluk kepada peruntukan kerajaan semata-mata, malah boleh diteruskan dengan penglibatan pihak swasta, badan-badan bukan kerajaan, mahupun komuniti setempat. 


  1. Kerajaan telah menyediakan dana di peringkat permulaan untuk merancakkan pembinaan DSK. Pada masa yang sama, Kementerian turut menggalakkan penglibatan pihak-pihak luar untuk sama-sama membangunkan DSK di kawasan setempat masing-masing, dengan nasihat pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS). Kementerian sangat menggalakkan agar ia dibangunkan secara corporate social responsibility (CSR) dengan kerjasama pihak-pihak swasta atau badan-badan bukan kerajaan


Sekian, terima kasih.​

Attachments